Monday, June 16, 2008

Ahli Teologi Tanpa Sempadan

Ahli Teologi Tanpa Sempadan (ATTS) adalah salah suatu pelayanan Perikatan Baptis Sedunia yang mengumpulkan seminari-seminari yang memerlukan guru jangka pendek dan persidangan-persidangan yang memerlukan pengkhutbah dengan mereka yang dilengkapi dan bersedia untuk melayani. Walaupun ia dimulakan di kalangan ahli-ahli Baptis, ia bukanlah suatu pekerjaan golongan Baptis yang eksklusif. Ramai orang dan banyak seminari-seminari yang mewakili cabang-cabang gereja yang berbeza telah menunjukkan minat dan menyuarakan permintaan bagi bantuan.

Penimbulan Visi
Visi ini timbul daripada pengalaman saya apabila saya memulakan pekerjaan saya sebagai seorang guru seminari sukarela dan pensyarah persidangan pada 2006. Apabila kesediaan saya diketahui ramai, saya bukan sahaja menerima permintaan yang lebih daripada apa yang mampu saya kendalikan, tetapi banyak peluang juga sedia terbuka di sektor yang bukan merupakan kepakaran utama saya. Sedang kita berbincang, kita membayangkan suatu kumpulan koordinasi yang fleksibel yang boleh berfungsi sebagai pusat pengurusan bagi permintaan-permintaan, pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk membunyikan seruan Makedonia, ‘Datanglah dan Bantulah Kami!’, suatu khidmat perjodohan yang boleh membawa orang-orang dengan kebolehan yang sesuai dan naungan teologi dengan pusat sumber yang menyediakan kedua-dua guru dan institusi yang akan menerima mereka.

Siapakah yang Diperlukan?
Istilah ‘ahli-ahli teologi’ digunakan secara meluas bukan hanya untuk menggambarkan mereka yang mengajar teologi di seminari tetapi juga untuk menggambarkan pastor-pastor dan pelayan umum gereja yang berkebolehan dan mempunyai latihan dan kepakaran dalam pendidikan tentang Allah, Alkitab dan suatu lingkungan pelayanan Kristian yang luas. Kebanyakan permintaan datang daripada tempat-tempat di mana terdapat keperluan yang terdesak untuk latihan, maka, suatu sarjana muda adalah memadai tanpa kelayakan sarjana teologi kedua atau ketiga.

Galakan Di antara Satu Sama Lain
Ahli Teologi Tanpa Sempadan didasarkan atas konsep alkitabiah tentang persekutuan di mana kita mengalami galakan berbalas-balasan. Para guru yang mengajar di sebuah seminari untuk satu minggu ataupun satu bulan, atau pengkhutbah yang berkhutbah di sebuah Persidangan Pastor pada umumnya datang atas perbelanjaan mereka sendiri ataupun ditanggung oleh seminari mereka, konvensi ataupun gereja tempatan. Beban itu terletak di atas sekutu yang menerima untuk membayar kos makanan dan tempat tinggal.

Permulaan yang Kecil
Ahli Teologi Tanpa Sempadan telah bermula secara kecil-kecilan supaya tidak membangkitkan harapan yang tidak wajar. Permintaan-permintaan untuk bantuan telah datang dari pelbagai negara termasuk Nepal, Vietnam, India, Malaysia, Cina, Sri Lanka, Indonesia, Myanmar, Thailand, Bolivia dan Sierra Leone. Banyak permintaan datang daripada daerah–daerah yang tidak bersimpati kepada agama Kristian. Oleh itu, pencetakan maklumat penuh di laman web ini adalah tidak digalakkan.


Lingkungan Permintaan dan Pemberian yang Diperlukan
Permintaan-permintaan itu biasanya adalah luas. Contohnya ‘Kita boleh menggunakan seorang guru’ atau ‘Kita memerlukan seseorang yang mempunyai kemahiran kewangan untuk membantu kita menyelesaikan akaun kita’ atau ‘Bolehkah seseorang duduk bersama-sama dengan kita dan membantu kita mengemukakan suatu strategi yang berpatutan untuk melatih pemimpin-pemimpin gereja di negeri ataupun negara kita?’ Selalunya, lebih senang untuk berespons kepada keperluan yang lebih spesifik. Contohnya ‘Kita memerlukan seorang pengkhutbah ataupun guru untuk memberikan sedikit pengajian tentang Perjanjian Lama di Persidangan Pastor tahunan kita’ atau ‘Tolong sampaikan suatu siri Seminar Gereja mengikut kawasan (pada tarikh ini) tentang tajuk Penyelesaian Konflik di dalam Gereja.’

Menyatakan Minat
Dengan beransur-ansur, berita tentang ATTS telah keluar tetapi setakat ini keinginan untuk membantu hanya datang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Filipina dan Negara Inggeris. `Ahli teologi tanpa sempadan’ ini termasuklah pensyarah seminari, pensyarah dan pastor bersara, mahasiswa berkebolehan, pastor gereja, kombinasi orang biasa dan suami dan isteri. Gunaan pencontoh `pertunjuk keinginan’ (dengan tidak memberi komitmen penuh) untuk tunjukkan fikiran, pemberian dan kepakaran anda. Ia adalah menggembirakan untuk melihat sesetengah seminari dengan aktif menggalak pensyarah mereka untuk membina satu tugas mengajar dan berkhutbah di peringkat antarabangsa secara biasa dalam deskripsi pekerjaan selama masa dua ke lima tahun. Terdapat satu ruang bagi pensyarah untuk menziarahi murid-murid (dan pendeta memimpin ahli-ahli gereja mereka) dengan itu memberi pengalaman mengajar secara berkumpulan yang bernilai. Ini memberi peluang baik (dengan harapan kredit seminari) kepada refleksi teologi dan pendedahan misi antara kebudayaan.

Pemberian Kreatif
Sesetengah pensyarah dan pastor mempunyai kemahiran dan masa untuk melayan tetapi tiada wang, oleh itu orang lain dan gereja boleh menyokong mereka dengan membayar tambang penerbangan. Sesetengah ahli Baptis menanya, sebelum mereka pergi melancong di negara tertentu, “Ada apa cara kita boleh memberi khidmat masa dan pelayanan dengan sukarela?” Mengapa tidak mengabung pelayanan Kristian dengan pelancongan?

Langgankan Tugasan
Satu laman web Ahli Teologi Tanpa Sempadan telah dibina untuk menyenaraikan testimoni mereka yang telah melayan, sesetengah permintaan terkini dan borang di mana orang boleh membuat “pertunjuk keinginan.”

Sebarkan Berita
Bantulah kita untuk menyebarkan tentang ATTS dengan mempromosikan pelayanan dalam seminari, konvensyen dan gereja, atau sambung kepada laman web ATTS.

Dr Geoff Pound
Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Penyelaras
Ahli Teologi Tanpa Sempadan
geoffpound@yahoo.com.au

Foto: Pulau Pinang (Penang)